Tebas kembali
segala semak samun
segala onak duri batu
yang bisa sekali
membuatkan segala arah tuju hidupmu
terhenti di pertengahan
atau mungkin sekali
tersasar dari arah sebenar matlamat asal
Ayuh bangkitlah
buang lerai segala
mimpi-mimpi dusta manis
penipu dunia yang melalaikan
kerana yang sebenarnya
hakikat dunia tidaklah sebegitu
indah di pandangan mata
hakikat dunia penuh cabaran
kesabaran perasaan amat teruji
dalam mengharungi
demi mencapai
hakikat bahagia yang hakiki
UKC 1 320
2304HRS
2010-02-12